Saturday, 21 April 2012

MANIPULATOR

Assalamu`alaikum.


          Untuk entry kali ni, Ukhwah ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai dunia robot. Jadi kepada sesiapa yang masih belajar lagi, terutamanya dalam bidang mekatronik, ini sedikit nota untuk kita berkongsi bersama. Semoga sama-sama beroleh manfaat darinya.

















Ok... Entry yang akan datang, kita bincang pasal Tatarajah Manipulator..Assalamu`alaikum











Wednesday, 18 April 2012

DOA RABITAH (TAUTAN HATI)


Assalamu`alaikum...!

          Post kali ni, Ukhwah nak mengajak sahabat sekalian menghayati mengenai doa Rabitah. Maksud doa Rabitah ni seperti yang tertera pada tajuk merujuk kepada rayuan dan rintihan hamba-hamba Allah yang rindukan perpaduan dan keutuhan hubungan ukhwah di kalangan mereka. Perjuangan tanpa ikatan silaturrahim @ ukhwah adalah amat mustahil.
          Dalam doa ini, terdapat rayuan daripada hamba Allah yang mahukan hubungan ukhwah yang telah terjalin, di kekalkan, bertambah erat, bahkan bertambah luas silaturrahim ini.
          Ukhwah nak bercerita panjang lebar pun tak pandai. Jadi Ukhwah lampirkan doa ini beserta dengan maksud dia sekali. Semoga sama2 mendapat manfaat dari perkongsian ini ya...!!! 




       


Maksudnya lebih kurang beginilah ( Tolong betulkan jika saya salah...)

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini... 

Semoga sahabat memperolehi manfaat dari doa ini jika di amalkan.

Wednesday, 11 April 2012

UKHWAH PERFUME



          Untuk post yang pertama kali, UKHWAH ingin memperkenalkan produk haruman yang di jenamakan sebagai UKHWAH PERFUME. Terdapat pelbagai jenis wangian yang di tawarkan oleh UKHWAH. Begitu juga dengan kasturi.
         
          UKHWAH menawarkan promosi hebat bagi jualan pembukaan perfume ini. Berikut merupakan butir-butir maklumat promosi :


JUMLAH BOTOL
HARGA (RM)/Botol
1
8
10 keatas
6
Bagi pembelian 10 botol ke atas, PERCUMA 1 botol minyak wangi PILIHAN KESUKAAN anda.
Tempahan melalui pos hendaklah melebihi 10 botol dan cas penghantaran dikenakan sebanyak RM 2


Untuk maklumat lanjut hubungi :

En Shafie ( 019 - 449 0255 )
En Bazlan ( 017 - 5858 536 )
En Shafiq ( 019 - 551 2810 )
atau e-mailkan kepada : nur.ukhwah@yahoo.com

TENTANG NUR UKHWAH

          Assalamu`alaikum dan salam sejahtera. Kami di pihak NUR UKHWAH mengucapkan jutaan terima kasih terhadap sokongan daripada saudara dan sahabat sekalian. Sokongan yang padu daripada anda semua akan dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami dan dapat merealisasikan impian jarak jauh kami. Berikut merupakan serba sedikit maklumat mengenai NUR UKHWAH.

> Di asaskan oleh 3 orang sahabat iaitu :
   1)     Shafie Bin Mohamad
   2)     Abdul Rahman Bazlan Bin Saad
   3)     Mohd Shafiq Bin Othman

> Tujuan utama NUR UKHWAH di asaskan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan jalinan ukhwah di kalangan mereka bertiga. Bermula dari sini juga jalinan ukhwah yang lebih besar di kalangan masyarakat sekalian akan dapat di wujudkan.

> Selain itu tiga orang sahabat ini ingin mencabar keupayaan diri masing-masing dalam dunia perniagaan dan mahu memajukan ekonomi masing-masing.

> Bertitikkan pegangan terhadap sunnah Rasulullah dan berpegang kepada hadis bahawa 9/10 daripada sumber rezeki adalah daripada perniagaan, maka mereka sanggup mengambil risiko untung rugi dalam dunia perniagaan dengan berbekalkan keyakinan terhadap Allah.

          Matlamat jauh NUR UKHWAH adalah untuk memajukan perniagaan ini sehingga berjaya supaya sebuah YAYASAN dapat di wujudkan. YAYASAN ini berfungsi untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan bantuan terutamanya dari sudut perbelanjaan perubatan. Semoga matlamat jauh ini akan menjadi kenyataan dengan sokongan daripada semua sahabat sekalian dengan membeli produk-produk yang di pasarkan.